Angkasawan Malaysia

Memori bersama Shawal

Sunday, January 20, 2008

BERCUTI KE BRUNEI,SARAWAK DAN SABAH

Haiiiii jumpa lagi kali ni aku nk citer percutian aku..x abis lagi tau hehe,pada 21 Des 07... aku terbang lagi,tetapi kali ni aku terbang ke Brunei,Sarawak n Sabah...wah 3 ni 1 hehe ..jimat kos kan.Aku kt sana selama 5 hari.Apa yg nk aku kongsikan..sepanjang aku berada diketiga2 tempat ni..mmg best giler..smpai skg ni aku masih rindu suasana disana.



Aku kt Miri kejap aje..pada hari pertama aku sampai aku disambut oleh Kristaln family..hehe diaorg bwk..pusing2 bandar Miri mmg best dpt tgk bandar Miri.Manakala aku di Brunei selama 3 hari.Sepanjang aku DiBrunei yg paling best..ialah dpt tgk negara org,mmg jauh bezanya suasana Brunei dgn Malaysia ni..x ada kesesakkan lalu lintas lgsg,maklumlah penduduk Brunei bknnya ramai..dgn Kl aje ramai kl.Tp best laa kan..x adalah duk tension2 berperang dgn jem hehe.Kt Brunei gak aku x tgk pon rakyatnya naik motor..dan aku x jumpa motor sepanjang kt sana...semuanya berkereta..jalan kaki pon x ada,itulah istimewanya nagara kaya kan.Disana Kristal jd pemandu pelancong bwk jalan2,shopping,mkn2 hehe..mmg kristal layak laa jd pemandu pelancong sesuai sgt2 hehe..mmg puas hati laa pelancong2.Kristal bwk aku jalan2 kt Kampung Air,Hotel 7 star,Jerudung Park,masjid2 menarik DiBrunei,tmpt2 Shopping,tmpt2 mkn...semuanya best2 belaka.




Pengalaman yg x dpt aku lupakan..ialah aku dpt mencuba makanan2 yg x ada kt Malaysia,dan sedap2 semuanya...seperti ambuya iaitu Sagu cicah dgn tempoyak atau sambal belacan,cr makan mmg unik hehe..bunyi cam pelik kan tp sedap,lg satu yg aku suka adoii lupa lak namanya daging yg best 2 nti kena tya kristal balik hehe apa namanya,lps 2 Budu Brunei..lain sgt2 dgn Budu kelantan..jauh bezanya...aku blh arr mkn skt2..tp x sesuai dgn tekak laa hehe..pelik sgt rasanya hehe.Di Brunei jugak aku sempat melawat masjid yg indah,mmg kagum laa..masjidnya dijaga dgn baik sekali,blh dikatakan sepanjang jalan masjid ada di mana2.Manakala tempat yg paling aku suka ialah Kampung Air..best laa jalan2 sepanjang kt sana..dpt tgk pemandangan,tgk org2nya hehe..mmg seronok.



Oklah itu di Brunei,manakala 2 hari lg aku habiskan masa di Kota kinabalu..perjalanan agak lama dr Brunei ke KK,aku pon x tau berapa kali aku tido berapa kali aku bangun haha...tgk2 dh sampai.Sepanjang berada di KK...aku teruja melihat tmpt2 yg menarik.Aku sempat laa membeli barang2 utk dibawa balik...macam keropok2 yg x ada kt Kl.Aku jugak sempat jln2 di Gunung kinabalu,beli sayur2 semuanya segar2..adoii suka aku tgk sayur2 2 semua.Oklah aku berhenti sampai sini laa ek...insyallah nti aku kongsi citer yg lain pula ya...take care semua.



p/s..Jutaan terima kasih yg x terhingga kepada Kristal,family,saudara mara,kawan2,kerana telah byk bersusah payah melayan kami dgn istimewa sekali,menjamu dgn makanan yg sedap2,bawa jalan2.Hanya tuhan saja yg dapat membalas jasa baik kalian semua.Ezie terhutang budi sgt dan terharu menerima layanan sedemikian.Sejuta kemaafan ezie pohonkan sepanjang disana..seandainya ada kesilapan yg ezie lakukan secara sedar mahupon tidak...yg pasti ezie seronok yg amat sgt.Thanks 4 everthing.....sampaikan salam ezie kt family,kwn2 n saudara mara....thank u so much.


























No comments: