Angkasawan Malaysia

Memori bersama Shawal

Thursday, August 2, 2007

MTDC TV3 TERBIT DOKUMENTARI WINNERS

"MTDC, TV3 terbit dokumentari Winners
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff

STESEN Televisyen TV3 dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) menerbitkan siri dokumentari 13 episod, Winners yang memaparkan inovasi beberapa syarikat tempatan bertaraf dunia. Syarikat terbabit ialah antara penerima geran dan dana yang disediakan perbadanan berkenaan.

Winners, siri dokumentari selama setengah jam ini akan mula disiarkan 5 Ogos ini, setiap Ahad, jam 11.30 malam. Saksikan kehebatan usahawan tempatan yang menjadi perintis dalam bidang sains kehidupan dan sektor bukan ICT. Melalui rakan kongsi strategik dengan MTDC segala impian menjadi kenyataan.



Perbadanan itu kini beroperasi sebagai pusat pembiayaan kewangan bersepadu dan satu-satunya syarikat yang memperoleh status terbabit. Ketika ini, hanya MTDC satu-satunya agensi yang dapat menyediakan bantuan kewangan yang menyeluruh daripada idea-idea makmal kepada komersailisasi penuh.

Siri ini mengupas persoalan faktor yang menjadi kunci kejayaan, di samping menyingkap rahsia kejayaan usahawan bertaraf dunia. Ia juga diharap mampu menjadi rujukan pelajar dan pelatih dalam bidang pengurusan untuk menyelesaikan masalah strategik.

Winners menyangkal tanggapan isu mentaliti subsidi dan juga paradigma zon selesa dengan membuktikan kejayaan yang bertaraf dunia bermula daripada rancangan perniagaan yang kukuh dan rakan kongsi yang strategik. Pendek kata persoalan yang diketengahkan berkisar kepada persoalan faktor yang membuatkan mereka berjaya.

Cerita disebalik kejayaan mereka ini pasti memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia bersesuaian dengan 50 tahun negara merdeka. Winners dihasilkan untuk mereka yang ingin mengetahui bidang pengurusan perniagaan, keupayaan dan cabaran dalam mencapai impian.

Siri dukomentari ini terus memaparkan peranan MTDC yang berfungsi sebagai syarikat model usaha niaga bersepadu yang peranannya untuk mengenal pasti,membiayai dan membangunkan syarikat yang berpotensi dalam bidang teknologi dan strategik.

INFO
MINGGU DAN SYARIKAT YANG DIFOKUSKAN
1.Malaysian Agri Hi-Tech Sdn.Bhd
2.Malaysian Bio Diagnostics Research Sdn,Bhd
3.Neural Manufacturing Sdn.Bhd
4.Malaysian Phosphate Additires Sdn.Bhd
5.Nora Laboratories Sdn.Bhd
6.Sri Jentayu Global Sdn.Bhd
7.Coraza Systems
8.Sipro Plastic Industries
9.IMBANGAN MESRA SDN.BHD(AIFA TELECOMMUNICATION SDN.BHD)
10.Protect Print Sdn.Bhd
11.Tacara Sdn.Bhd
12.Indes Tecnologies

*Minggu terakhir memberikan fokus kepada 12 syarikat berkenan.
Credit Berita Harian.

Apa kaitannya tajuk ini dgn aku...sebenarnya dalam senarai 12 buah syarikat yang tersenarai tu adalah salah satu syarikat aku,opsss bkn aku pya syarikat..tp syarikat tempat aku bekerja skg ni iaitu AIFA TELECOMMUNICATION SDN BHD,IMBANGAN MESRA SDN BHD(NAMA KILANG).Aku lah orang pertama yang dapat tau berita ini,cz orang dari MTDC call,sebelum berckp dgn my bos kena berckp dgn aku dulu hehehe...memandangkan my bos ada kt Bali masa tu..so aku beritahu aje melalui fon...tp sebaik aje balik..bos aku ni terus tya aku..amboii bkn main seronok lg bos aku ni..

So hari isnin lalu,my bos ni pegi lah ke Seri Pentas Bandar Utama tv3,ditemani isteri tersyg..bkn main hensem lg bos aku ni..maklumlah nk kuar tv haha...pegi kesana kebertujuan utk mengadakan sisi temubual rancangan WINNERS ni..yang akan ditayangkan sepanjang bulan Ogas ni.

Tapi bila my bos balik,bos aku beritahu bahawa semua staf akan terlibat..terlibat apa maksud bos aku ni,rupa2nya...tv3 nk datang shotting kt ofis aku,semuanya akan ditunjukkan kt tv nti keadaan ofis,pekerja2 macam2 laa..hehehe so nak atau tidak semua staf turut terlibat sama menjayakan rancangan ni...adoii shotting2 laa plk..tp best jugak tu bkn mudah muka aku dapat kuar tv..hahaha..tp aku sendiri pon x tau lagi shotting itu camna,aku telah pon terima panggilan dr Tv3 yg call utk confirmkan tarikh utk dtg kt my ofis...so tunggu ajelah..

Oklah itu ajelah nk citernya..so jgn lupa tonton WINNERS ditv3...byeeee salam agogo.

No comments: