Angkasawan Malaysia

Memori bersama Shawal

Tuesday, September 11, 2007

SELAMAT DATANG RAMADHAN YANG MULIA


Assalamualaikum semua.Esok bermula satu bulan yang amat dinanti2kan oleh semua umat islam diseluruh dunia..iaitu bulan RAMADHAN.Esok kita semua kan menjalani ibadat puasa..maka dengan itu sama2lah kita memohon kepada Allah supaya diberikan kesihatan yang baik sepanjang bulan ramadhan ni supaya ibadat puasa dapat kita kerja kan dengan sempurna.
Oleh itu,disini ezie ingin memohon maaf kepada kalian semua,kerana ezie pasti..ezie sebagai hamba allah dan hanya manusia biasa banyak melakukan kesalahan dan kesilapan samada secara sedar atau tidak.Maklumlah mata kadang2 salah melihat,mulut kadang2 salah berucap,hati kadang2 salah menduga..maka maafkanlah segala kekhilafan yang pasti ada.Kemaafan dari sahabat2 ezie amatlah ezie pohonkan supaya ezie dapat menjalankan ibadat puasa dengan penuh keberkatan dan dirahmati Allah.
Kepada kalian semua...ezie nk ucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YANG MULIA ni..semoga kita semua mendapat rahmat dan keberkatan dari yang Maha Esa dunia dan akhirat..amin.Bersama laa kita menghayati erti ramadhan yang sebenarnya..dan lalui laa setiap dugaan pada bulan ni dengan penuh sabar dan tenang.Rebut laa seberapa banyak pahala dibulan ramadhan ini...semoga segala amal ibadat yang kita kerjakan akan diterima oleh Allah s.w.t.Sambutlah kedatangan ramadhan ni dengan penuh kesyukuran....
SELAMAT DATANG RAMADHAN...
p/s: Nti jangan lupa bangun sahur ya...

No comments: